AL QURAN: MAKANAN HALAL LAGI BAIK
Sumber:Pinterest
Assalamualaikum anak murid sekalian, kali ini ustazah akan menerangkan berkenaan topik makanan halal. Sila baca nota ini dan sekiranya terdapat persoalan yang berkaitan, sila ajukan pada ruang komen yang disediakan. ๐๐
TUNTUTAN PENGAMBILAN MAKANAN HALAL
َูุง ุฃََُّููุง ุงَّููุงุณُ ُُูููุง ู
ِู
َّุง ِูู ุงْูุฃَุฑْุถِ ุญََูุงًูุง ุทَِّูุจًุง ََููุง ุชَุชَّุจِุนُูุง ุฎُุทَُูุงุชِ ุงูุดَّْูุทَุงِู ۚ ุฅَُِّูู َُููู
ْ ุนَุฏٌُّู ู
ُّุจٌِูู ﴿ูกูฆูจ﴾
Maksudnya: "Wahai Manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu"
Melalui ayat di atas, kita dituntut untuk mengambil makanan yang halal dan baik untuk memelihara kesihatan tubuh badan dan akal fikiran. Makanan yang halal dan baik sudah tentu dapat menjadikan akal kita menjadi cerdas, hati yang bersih dan tubuh badan yang sihat. Allah juga melarang kita untuk mengikut jejak langkah syaitan yang sentiasa menghasut manusia untuk mengambil makanan yang haram dan melakukan pembaziran.
DEFINISI MAKANAN HALAL DAN MAKANAN HARAM
Makanan Halal ➤Makanan yang dihalalkan oleh syarak
Makanan Haram ➤ Makanan yang diharamkan oleh syarak
⚠ Kita dilarang memakan, menjual dan membeli makanan yang haram. Keharusan sesuatu makanan bergantung pada 3 aspek berikut:
✅ Ramuan makanan daripada sumber yang halal
✅Cara pemprosesan dan menyediakan makanan
✅Cara mendapatkan makanan
CIRI-CIRI MAKANAN HALAL DAN HARAM
Sumber: Diolah daripada Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1
❤❤❤❤ CONTOH MAKANAN HALAL DAN HARAM ❤❤❤❤
![]() |
| Ayam panggang Sumber: Pinterest |
๐ขAyam yang disembelih mengikut syarak
๐ขDiperoleh dengan akad jual beli yang sah
๐ขAyam diperoleh daripada sumber yang halal
![]() |
| Diolah daripada Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1 |
![]() |
| Diolah daripada Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1 |
Kesimpulannya, sebagai seorang Muslim, kita wajib memastikan setiap makanan yang diambil adalah halal dan baik agar kehidupan kita diberkati oleh Allah SWT. Pemilihan makanan yang halal bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan fizikal, malah turut mempengaruhi kebersihan hati dan ketenangan jiwa. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan pemakanan yang halal serta menjauhi perkara yang diharamkan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera dan diredhai Allah.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Jika ada sebarang pertanyaan atau pandangan, jangan lupa tinggalkan komen di bawah. ๐๐



.jpg)

Fahammm ustazah, saya sangat sukaa topik niiii
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga dapat memberi manfaat kepada Husna ya. Terima Kasih singgah blog ustazah๐ฅฐ
DeleteNota dan perkongsian mudah difahami. Terima kasih ustazah
ReplyDeleteAlhamdulillah ❤️
DeleteTerima kasih atas perkongsian Ustazah. Saya ada soalan, apa status halal untuk makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam?
ReplyDeleteBaiklah Maisarah, untuk menjawab soalan Maisarah kita kena tengok daripada banyak faktor ya.
DeleteMakanan yang disediakan oleh orang bukan Islam boleh menjadi halal atau tidak, bergantung kepada beberapa faktor:
1. Sumber Bahan Makanan – Makanan mestilah terdiri daripada bahan yang halal menurut syarak, seperti daging yang disembelih mengikut hukum Islam, tiada unsur babi atau alkohol, dan tidak bercampur dengan bahan haram.
2. Proses Penyediaan – Alatan memasak, tempat penyediaan, dan cara memasak mestilah tidak bercampur dengan bahan haram atau najis. Contohnya, jika kuali yang sama digunakan untuk memasak makanan halal dan tidak halal tanpa dibersihkan mengikut syarak, makanan itu boleh menjadi syubhah atau tidak halal.
3. Niat – Jika peniaga bukan Islam berniat menyediakan makanan halal dan menjaga kebersihan serta pemisahan dengan makanan tidak halal, maka makanan itu boleh dikira halal.
4. Pensijilan Halal – Jika restoran atau produk makanan mempunyai sijil halal yang diiktiraf (contohnya JAKIM di Malaysia), ia menunjukkan pematuhan kepada standard halal Islam.
Secara umumnya, makanan yang menggunakan bahan halal dan disediakan dengan cara yang bersih serta tidak bercampur dengan najis tetap boleh dimakan, walaupun dimasak oleh orang bukan Islam. Namun, jika ada keraguan, sebaiknya elakkan atau cari sumber yang lebih diyakini.
Saya suka lah blog Ustazah ni menarik sebab ada gambar, video dan warna warni. Tak bosan belajar kat blog ni. Ustazah per soalan saya kalau makan daging lembu tak disembelih itu dikira halal ke haram Ustazah?
ReplyDeleteAlhamdulillah Terima Kasih Maziyyatul sudi singgah di blog ustazah. Baiklah untuk menjawab soalan tersebut, Maziyyatul boleh lihat semula dalam nota ustazah bahagian ciri-ciri makanan yang halal dan makanan yang haram. Daging yang halal sama ada daging lembu, ayam atau kambing halal dimakan sekiranya ia disembelih mengikut syarak. Dalam Islam, penyembelihan haiwan mestilah dilakukan dengan cara yang sah seperti menyebut nama Allah (Bismillah) dan memotong urat halkum serta esofagus (saluran pernafasan dan makanan). Jika daging lembu tersebut tidak disembelih mengikut cara yang ditentukan dalam syarak, ia tidak dianggap halal untuk dimakan. Oleh yang demikian, sekiranya Maziyyatul makan daging lembu yang tidak disembelih mengikut syarat Islam maka ia adalah haram. Walaupun begitu, ustazah nak pesan sekiranya ada sebarang keraguan tentang penyembelihan atau sumber daging tersebut, lebih baik elakkan daripada memakannya untuk menjaga kesucian dan kepatuhan kita kepada hukum Islam.
Delete