AKHLAK: AKHLAK TERPUJI HIASAN DIRI

 

๐ŸŒŸ Akhlak Terpuji Hiasan Diri - (Pelajaran 27)๐ŸŒŸ

Assalamualaikum semua! ๐Ÿ˜Š Setelah lama bercuti, Insya-Allah pada hari ini Ustazah nak kongsikan satu topik baru yang sangat berkait rapat dengan kehidupan kita iaituAKHLAK!. Jadi Ustazah nak setiap anak murid baca dengan teliti dan jika ada persoalan, sila ajukan di ruang 'comment' . Semoga bermanfaat ๐Ÿ’—๐Ÿ’—


Sumber : Pinterest

 Mengapa akhlak ini penting? Kerana akhlak lah yang menjadi gambaran tentang diri kita dan menjadi kayu ukur bagaimana kita berinteraksi dengan orang lain. Orang yang baik akhlaknya akan disenangi oleh semua, dan yang paling penting, dicintai oleh Allah dan Rasulullah ๏ทบ! ๐Ÿ’–

Allah SWT menjelaskan perihal kepentingan akhlak dalam diri manusia, termasuk pada diri Rasulullah SAW di dalam Surah Al-Qalam, ayat 4:

ูˆَุฅِู†َّูƒَ ู„َุนَู„َู‰ٰ ุฎُู„ُู‚ٍ ุนَุธِูŠู…ٍۢ 


                                                            

 "Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia."

 

๐Ÿค” Apa maksud Akhlak sebenarnya?

Secara mudahnya, akhlak berasal daripada perkataan "ุฎُู„ُู‚ُ" yang bermaksud budi pekerti, watak, kelakuan dan tabiat. Akhlak boleh dibahagikan kepada dua:

1️⃣ Akhlak Mahmudah (Akhlak Terpuji) – Sifat dan tingkah laku terpuji yang terdapat pada diri seseorang yang bertepatan dengan nilai dan perakuan syarak.
2️⃣ Akhlak Mazmumah (Akhlak Tercela) – Sifat dan tingkah laku keji yang terdapat pada diri sesorang yang berlawanan dengan nilai dan perakuan syarak.

Akhlak Mahmudah (Akhlak Terpuji)
 Sabar – Sentiasa tenang dan tidak cepat marah dalam menghadapi ujian.
 Pemurah – Suka memberi dan membantu orang lain.
 Menepati Janji – Tidak suka mungkir janji atau menipu.
 Penyayang – Sentiasa berbuat baik kepada semua orang, termasuk haiwan.
 Ikhlas – Melakukan sesuatu kerana Allah, bukan sebab nak dipuji.
 Rendah Hati – Tidak sombong walaupun ada kelebihan.

"Orang yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya." (HR Abu Dawud)

⚠️ Akhlak Mazmumah (Akhlak Tercela) ⚠️
 Hasad Dengki – Tidak suka lihat orang lain berjaya.
 Pemarah – Mudah marah dan tidak boleh mengawal emosi.
 Menipu – Suka bercakap bohong dan tidak jujur.
 Mengumpat – Bercakap buruk tentang orang lain.
 Boros – Suka membazir tanpa berfikir panjang.

"Orang mukmin yang paling aku cintai adalah mereka yang paling baik akhlaknya." (HR Tirmizi)

๐ŸŒน๐ŸŒน Kelebihan Akhlak Mulia ๐ŸŒน๐ŸŒน

 ✔ Tanda Kesempurnaan Iman

Rasulullah ๏ทบ bersabda bahawa kesempurnaan iman seseorang bergantung kepada akhlak yang baik. (Hadis Riwayat Abu Dawud)

✔ Amalan yang Berat di Timbangan

Akhlak yang baik adalah antara perkara yang paling berat dalam timbangan amal di akhirat. (Hadis Riwayat Abu Dawud)

✔ Menjadi Sebab Kedekatan dengan Rasulullah ๏ทบ

Baginda menyatakan bahawa orang yang paling hampir dengannya pada Hari Kiamat ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Di sini Ustazah sertakan satu potongan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Farinda Andirja tentang pentingnya berakhlak mulia di sisi Rasulullah. Sila tonton dan hadam isi penyampaian dengan baik. ๐Ÿ‘‡


❤ TUJUAN MEMELIHARA AKHLAK YANG BAIK ❤



Sumber: Google 


๐Ÿ˜‡ IMPLIKASI TIDAK MEMELIHARA AKHLAK ๐Ÿ˜‡

Untuk meningkatkan lagi kefahaman anak-anak terhadap tajuk pembelajaran kita, sila tonton video yang Ustazah kongsikan. Semoga video ini dapat memberikan gambaran kepada murid-murid tentang akibat tidak memelihara akhlak yang baik dalam diri.


Sumber: Youtube



   Sumber: Youtube

Kesimpulannya, akhlak terpuji merupakan perhiasan diri yang paling berharga bagi setiap individu Muslim. Sifat-sifat seperti jujur, amanah, sabar, ikhlas, dan rendah hati bukan sahaja mencerminkan keperibadian yang baik, tetapi juga mendekatkan diri kepada Allah SWT serta mempererat hubungan dengan masyarakat. Dengan mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan seharian, seseorang akan dihormati, disayangi, dan menjadi contoh teladan kepada orang lain. Oleh itu, sebagai seorang Muslim, kita hendaklah berusaha untuk menghiasi diri dengan akhlak terpuji agar kehidupan menjadi lebih harmoni, diberkati, dan diredhai oleh Allah SWT.

Semoga perkongsian ini dapat membantu murid-murid berkaitan tajuk akhlak terpuji hiasan diri. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau pandangan, sila tinggalkan komen untuk dibincangkan bersama.

Comments

  1. Jelas ustazah. Saya faham dan blog ni membantu saya untuk ulangkaji dengan lebih mudah sebab ustzh berkongsi menggunakan peta minda!! Syukran ya ustazah

    ReplyDelete
  2. Wah sangat menarik perkongsian ustazah. Video kedua bahagian implikasi sangat sedih dan menyentuh hati๐Ÿ˜ญ Nota dan isi penting yang ustazah bagi juga sangat membantu saya untuk memahami topik ini dengan lebih mendalam dan membantu saya untuk mengingat maklumat-maklumat sebelum hari peperiksaan. Terima kasih ustazah!

    ReplyDelete
  3. Ustazah saya nak tanya pendapat ustazah. Antara ilmu dan adab mana yang perlu kita utamakan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AL QURAN: MAKANAN HALAL LAGI BAIK

FIQH: SUCI DARI NAJIS