FIQH: SUCI DARI NAJIS

Assalamualaikum, harini Ustazah akan berkongsi nota berkenaan suci daripada najis. Sila baca nota ini dan jika ada persoalan sila ajukan dekat ruangan komen. Terima kasih, semua
MAKSUD NAJIS
Bahasa: Semua benda yang kotor
Istilah: Benda kotor yang menyebabkan solat tidak sah
JENIS-JENIS NAJIS DAN CARA MENYUCIKANNYA
1) NAJIS MUKHAFAFAH

Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berumur kurang 2 tahun yang hanya minum susu ibu.

Cara membersihkannya:
1. Renjiskan air mutlak keatas najis
2. Lapkan sehingga kering
2) NAJIS MUTAWASITTAH

Najis pertengahan seperti darah,muntah, nanah, tahi, air kencing dan bangkai.

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Al-Maidah(3)
Cara membersihkannya:
1. Buang najis
2. Renjis air pada tempat yang kena najis
3. Basuh tempat yang terkena najis dengan mengalirkan air
4. Pastikan hilang dan suci daripada : bau, rasa dan warna
3) NAJIS MUGHALLAZAH

Najis berat iaitu anjing, khinzir atau kacukan kedua-duanya serta segala yang ada kaitan dengannya seperti tahi, darah, kulit, daging, bulu dan lain-lain.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ وَفِي رِوَايَةٍ: إِحدَاهُنَّ بِالبَطْحَاءِ
Yang bermaksud, sabda Rasulullah s.a.w., “Untuk membersihkan bejana kamu apabila dijilat anjing hendaklah kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali. Basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur tanah.” Dalam riwayat yang lain, “Satu daripada basuhan tersebut adalah air yang bercampur dengan tanah.” - Riwayat al-Daruqurni (1/65) -
Cara membersihkannya:
1. Buang najis
2. Sediakan satu bekas air tanah dan satu bekas air mutlak
3. Basuh tempat yang terkena najis dengan enam kali basuhan air mutlak
4. Basuh tempat yang terkena najis dengan satu kali basuhan air tanah
5. Pastikan hilang dan suci daripada : bau, rasa dan warna
KULIT HAIWAN
Kulit haiwan banyak memberi manfaat serta kegunaan dalam kehidupan manusia seperti pakaian ketika musim sejuk, beg tangan dan juga tali pinggang.
Berikut ustazah kongsikan carta alir cara menyucikan kulit binatang supaya kamu semua lebih mudah untuk mengingatinya.

Contoh bahan yang bersifat menghakis adalah:

1. Daun akasia
2. Manja kani
3. Kulit delima
4. Tahi merpati
5. Bahan kimia
PENILAIAN
Sila bermain permainan di bawah dan kongsikan markah kamu di ruangan komen.

 Permainan Suci Daripada Najis

Comments

  1. Wah, blog Ustazah memang best! Penerangan ringkas dan padat, memang senang nak faham. Harap Ustazah terus semangat berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian Ustazah ! Lepas ni kalau saya macam terlupa pasal najis2 ni senang je nak rujuk blog Ustazah ni sebab penerangannya ringkas dan senang nak faham. Ustazah saya nak tanya, najis Mukhafaffah tu untuk baby lelaki je ke ? Kalau najis baby girl kiranya Najis Mutawassitah la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Maziyyatul. Jangan lupa kongsikan markah nanti ya

      Delete
  3. Wahhhh Alhamdulillah baru saya faham perbezaan ketiga-tiga najis ni dan cara menyucikannya ustazah. Bahan perkongsian yang ustazah bagi pun sangat menarik sebab ada gambar dan video. Saya suka tengok video ustazah😍

    ReplyDelete
  4. Saya dah jawab soalan ustazah. Ada 6 soalan. Saya dapat semua betul😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nampaknya Afrisya faham dgn pembelajaran ini, tahniah

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AL QURAN: MAKANAN HALAL LAGI BAIK

AKHLAK: AKHLAK TERPUJI HIASAN DIRI