FIQH: SUCI DARI NAJIS
Assalamualaikum, harini Ustazah akan berkongsi nota berkenaan suci daripada najis. Sila baca nota ini dan jika ada persoalan sila ajukan dekat ruangan komen. Terima kasih, semua MAKSUD NAJIS Bahasa: Semua benda yang kotor Istilah: Benda kotor yang menyebabkan solat tidak sah JENIS-JENIS NAJIS DAN CARA MENYUCIKANNYA 1) NAJIS MUKHAFAFAH Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berumur kurang 2 tahun yang hanya minum susu ibu. Cara membersihkannya: 1. Renjiskan air mutlak keatas najis 2. Lapkan sehingga kering 2) NAJIS MUTAWASITTAH Najis pertengahan seperti darah,muntah, nanah, tahi, air kencing dan bangkai. حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ Diharamkan ke...