Posts

AKHLAK: AKHLAK TERPUJI HIASAN DIRI

Image
  🌟  Akhlak Terpuji Hiasan Diri - (Pelajaran 27) 🌟 Assalamualaikum semua! 😊 Setelah lama bercuti, Insya-Allah pada hari ini Ustazah nak kongsikan satu topik baru yang sangat berkait rapat dengan kehidupan kita iaitu — AKHLAK! . Jadi Ustazah nak setiap anak murid baca dengan teliti dan jika ada persoalan, sila ajukan di ruang ' comment' . Semoga bermanfaat  💗💗 Sumber : Pinterest  Mengapa  akhlak ini penting? Kerana akhlak lah yang menjadi gambaran tentang diri kita dan menjadi kayu ukur bagaimana kita berinteraksi dengan orang lain . Orang yang baik akhlaknya akan disenangi oleh semua, dan yang paling penting,  dicintai oleh Allah dan Rasulullah ﷺ ! 💖 Allah SWT menjelaskan perihal kepentingan akhlak dalam diri manusia, termasuk pada diri Rasulullah SAW di dalam Surah Al-Qalam, ayat 4: وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍۢ                         ...

AL QURAN: MAKANAN HALAL LAGI BAIK

Image
Sumber:Pinterest Assalamualaikum anak murid sekalian, kali ini ustazah akan menerangkan berkenaan topik makanan halal. Sila baca nota ini dan sekiranya terdapat persoalan yang berkaitan, sila ajukan pada ruang komen yang disediakan. 💗💗 TUNTUTAN PENGAMBILAN MAKANAN HALAL يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ‎﴿١٦٨﴾‏ Your browser does not support the audio element. Maksudnya: "Wahai Manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu" Melalui ayat di atas, kita dituntut untuk mengambil makanan yang halal dan baik untuk  memelihara kesihatan tubuh badan dan akal fikiran .  Makanan yang halal dan baik sudah tentu dapat menjadikan akal kita menjadi cerdas, hati yang bersih dan tubuh badan yang sihat . Allah juga melarang kita untuk mengikut jej...

FIQH: SUCI DARI NAJIS

Image
Assalamualaikum, harini Ustazah akan berkongsi nota berkenaan suci daripada najis. Sila baca nota ini dan jika ada persoalan sila ajukan dekat ruangan komen. Terima kasih, semua MAKSUD NAJIS Bahasa: Semua benda yang kotor Istilah: Benda kotor yang menyebabkan solat tidak sah JENIS-JENIS NAJIS DAN CARA MENYUCIKANNYA 1) NAJIS MUKHAFAFAH Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berumur kurang 2 tahun yang hanya minum susu ibu. Cara membersihkannya: 1. Renjiskan air mutlak keatas najis 2. Lapkan sehingga kering 2) NAJIS MUTAWASITTAH Najis pertengahan seperti darah,muntah, nanah, tahi, air kencing dan bangkai. حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ Diharamkan ke...